Tuesday, October 7, 2008

Mari Membaca...!!!

JAGALAH KESIHATAN DIRI



Baca dan nyatakan.

'Badan Sihat Otak Cerdas'

Setiap orang perlu mengamalkan sikap suka bersenam.
Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk menjaga
kesihatan diri. Kita patut bersenam sekurang-kurangnya
tiga kali seminggu. Kita patut mengambil masa
sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali bersenam. Berat
badan juga dapat dikekalkan jika selalu bersenam. Badan
kita akan menjadi cergas dan otak pun cerdas.

Kita juga perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang.
Makanan seimbang dan berkhasiat penting untuk kesihatan
tubuh. Kita hendaklah mengurangkan makan makanan yang
berlemak dan manis. Makanan sebegini boleh menyebabkan
badan kita menjadi gemuk. Apabila gemuk, penyakit seperti
darah tinggi dan penyakit jantung akan mudah menyerang kita.

Tidur dan rehat yang mencukupi juga amat penting untuk
menjaga kesihatan. Badan yang lemah akibat tidak cukup tidur
akan mudah dijangkiti penyakit.

Kesihatan diri perlulah dijaga untuk menjamin kehidupan
sempurna. Lakukan senaman secara berterusan agar hidup
sentiasa ceria.

No comments: