Thursday, October 9, 2008

iNi Contoh RaNcANgAN PeNGaJaraN HaRian....

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran: Bahasa Melayu
Tahun: 3 Ceria
Tarikh: 24 September 2008
Masa: 60 minit
Bilangan Murid: 20 orang
Tema: Amalan Hidup Sihat
Tajuk: Jagalah Kesihatan Diri
Objektif:
Pada akhir pelajaran ini murid dapat:-
i. Menyatakan pendapat tentang topik dengan intonasi dan gaya yang betul.
ii. Memberikan makna kata, frasa dan menyatakan jenis ayat yang betul.
iii. Memberikan komen tentang bahan berdasarkan keperluan masa depan.

Fokus Utama:
6.1 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks.
Aras: 1 (i) Mencari makna perkataan dan meneliti ejaan.
Fokus Sampingan:
6.4 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks.
Aras: 2 (i) Menjelaskan isi tentang sesuatu teks yang dibaca.

Pengetahuan sedia ada:
1) Murid pernah mempelajari tentang kesihatan.
2) Murid tahu makna sesuatu perkataan.


Kemahiran Bernilai Tambah:
· Kemahiran Berfikir
· Kecerdasan Pelbagai
· Konstruktivisme.

Sistem Bahasa:
Morfologi
· Kata tunggal
· Kata majmuk
Sintaksis
· Ayat tunggal
· Ayat majmuk
Kosa kata
· Cerdas
· Cergas
· Berkhasiat
· Seimbang
· Dijangkiti

Penyerapan: Ilmu
Kesihatan
Pemakanan
Nilai Murni
Bekerjasama
Menghargai

Bahan Bantu Mengajar:
· Gambar-gambar.
· Petikan teks.
· Borang pengurusan grafik.
· Laptop dan LCD.

Langkah / masa
Isi pelajaran
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
Catatan

Pendahuluan
(2 minit)

Doa:
اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا أرحم الراحمين
Murid membaca doa dengan diketuai oleh seorang murid.
Guru membetulkan kesilapan murid ketika berdoa.
BBM:
- carta doa
Nilai:
- khusyuk
- tawaduk
Set induksi
(5 minit)

Refleksi tentang perbuatan/amalan yang dilakukan dalam kehidupan seharian.
Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang cara penjagaan kesihatan yang betul.
Guru meminta pandangan murid kesan tidak menjaga kesihatan.
Guru mengaitkan dengan tajuk hari ini.

KB:
- Pemikiran reflektif
Teknik:
- Sumbangsaran
- Soal jawab

Langkah 1
(20 minit)
Petikan ‘Badan Sihat Otak Cerdas’.

Guru mambacakan teks. Murid-murid menyemak.
Guru meminta beberapa orang murid membaca teks. Guru membimbing murid membaca dengan bahasa yang betul dan jelas.
Sambil membaca, guru meminta murid membuat catatan isi penting.

BBM:
- Petikan ‘Badan Sihat Otak Cerdas’.
Teknik:
- Sumbangsaran

Langkah 2
( 10 minit)
Makna perkataan yang berwarna dalam teks.
Guru bersoal jawab dengan murid tentang makna perkataan yang berwarna.
Guru meminta murid menyatakan makna perkataan mengikut konteks.
BBM:
- Petikan ‘Badan Sihat Otak Cerdas’.
KB:
- Menjana idea
KKE:
Kesedaran kendiri
- keyakinan diri
Teknik:
- bersoal jawab
- perbincangan


Langkah 3
(15 minit)
Mengelaskan amalan gaya hidup sihat dan gaya hidup tidak sihat.
Guru mamaparkan slaid amalan gaya hidup sihat dan gaya hidup tidak sihat.
Murid mengelaskan amalan gaya hidup sihat dan gaya hidup tidak sihat.
BBM:
- Laptop
- LCD


Langkah 4
(5 minit)
Borang pengurusan grafik.
Guru meminta murid melengkapkan borang pengurusan grafik yang telah diberikan.
Guru membincangkan jawapan bersama murid-murid.


BBM:
- Borang pengurusan grafik.
KB:
- Penyelesaian masalah
Teknik:
Perbincangan.


Penutup
(3 minit)

Rumusan tentang isi pelajaran.
- menasihati pelajar supaya mengamalkan gaya hidup sihat.
Murid diminta menyatakan perkara-perkara yang telah dipelajari.
Guru membuat;
Penutup kognitif:
Guru dan murid membuat rumusan tentang amalan gaya hidup sihat.
Penutup sosial:
Guru memberi penghargaan
kepada murid kerana dapat
menjalankan aktiviti P&P
dengan baik.
Nilai:
- kesedaran kendiri
- bertanggungjawab


Refleksi/Ulasan

Senaman untuk jantung sihat

Ramai orang tidak sedar tentang manfaat bersenam untuk menjaga kesihatan jantung, justeru mereka tidak begitu mengendahkannya.
Menyedari hakikat ini, kami telah menyediakan jawapan kami untuk menjawab beberapa persoalan yang mungkin bermain dalam fikiran anda:

Jika saya bersenam, bolehkah saya mencegah sakit jantung?
Tidak bersenam, seperti juga merokok, tekanan darah tinggi dan kolesterol darah yang tinggi, merupakan salah satu daripada faktor risiko utama sakit jantung yang boleh diubah.
Senaman tidak akan menjamin anda bebas daripada sakit jantung tetapi anda boleh mengurangkan kebarangkalian menghidap penyakit ini jika anda sanggup mengelakkan faktor risikonya.


Patutkah saya berjumpa doktor sebelum mula melakukan kegiatan fizikal?
Mereka yang dalam lingkungan usia pertengahan dan lanjut yang tidak aktif dan menghadapi risiko sakit jantung yang tinggi (atau yang sudah mengalami masalah kesihatan) harus mendapatkan nasihat perubatan sebelum meningkatkan tahap kegiatan fizikal masing-masing dengan ketara.
Sebenarnya orang yang sihat, tanpa mengira usia, boleh menjalankan kegiatan fizikal tahap sederhana. Contohnya berjalan kaki secara sederhana, berkebun dan membersihkan laman tanpa perlu berjumpa doktor terlebih dahulu.


Berapa banyak kegiatan fizikal perlu dilakukan?
Jika anda tidak aktif, apa jua bentuk dan kadar kegiatan fizikal lebih baik daripada bergoyang kaki sahaja! Kajian menunjukkan bahawa orang yang mempunyai tahap kecergasan rendah berkemungkinan besar meninggal dunia lebih awal berbanding mereka yang sederhana cergas.
Jika anda mahu meningkatkan lagi tahap kecergasan, anda perlu bersenam 30 hingga 60 minit, kebanyakan hari dalam seminggu, pada kadar 50 - 80 peratus daripada keupayaan maksimum anda.


Senaman baik untuk jantung!

Jadikan cara hidup sihat satu budaya baru - Perdana Menteri

Kerajaan yang semakin bimbang dengan tahap kesihatan dan kecergasan rakyatnya hari ini melancarkan kempen Malaysia Cergas dengan mesej Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya orang ramai menjadikan cara hidup sihat sebagai satu budaya baru.

Empat buah kementerian akan bergabung bahu bagi menggerakkan program di bawah Majlis Kecergasan Kebangsaan (MKK) dengan cogan kata berbunyi: Ke Arah Malaysia Cergas, Sihat dan Bersatu. Empat kementerian itu ialah Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional). Majlis pelancaran MKK oleh Perdana Menteri dilakukan serentak dengan pelancaran Kalendar Acara dan Program Hidup Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja (Prostar) di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Selepas ini MKK akan menjelajah ke seluruh negara menjalankan peranannya berkempen dan menggerakkan kesedaran rakyat mengenai kepentingan kecergasan, pemakanan sempurna serta menjauhi gejala yang tidak sihat seperti seks bebas dan penagihan dadah sehingga dijangkiti HIV AIDS. Menyedari golongan remaja sebagai aset penting kepada masa depan negara turut mendorong usaha merancakkan semula Prostar dan ini dapat disaksikan menerusi Kembara Prostar ke seluruh negara bagi tujuan kempen menyedarkan mereka terhadap bahaya HIV AIDS tersebut.

Perdana Menteri berkata, tiada guna negara mempunyai rakyat yang cerdik dan pintar, tetapi berpenyakit dan tidak sihat akibat kurang cergas. Katanya, penjagaan kesihatan dan kecergasan diri adalah strategi membantu meningkatkan produktiviti negara. "Menjaga kesihatan dalam semua perkara berkaitan dengannya perlu dijadikan satu tanggungjawab kepada diri masing-masing sebagai satu budaya untuk mengekalkan kesihatan kerana tidak ada makna kalau badan kita lembik tidak sihat,'' tegasnya.

Kembalilah kepada Pemakanan Berfitrah !

Kesihatan adalah sesuatu yang amat berharga dalam dunia masa kini yang terdedah dengan berbagai ancaman penyakit dan masalah kesihatan. Punca utama musibah ini adalah hasil dari gaya hidup yang tidak sihat serta amalan pemakanan yang tidak bijaksana.
Gaya hidup yang lebih kepada pemuasan nafsu syahwat tanpa batasan (seks rambang) telah melahirkan penyakit Aids yang sehingga kini belum ditemui penyembuh muktamad. Pemilihan pemakanan yang tidak bijaksana akan mendedahkan manusia kepada pengumpulan bahan kimia, toksik, racun di dalam tubuh badan.

Malah yang lebih dahsyat, manusia sudah mengamalkan makanan luar tabii dengan menzalimi berbagai jenis haiwan yang bukan tergolong sebagai haiwan yang boleh dimakan. Apakah "SARS" juga turun sebagai "bala" yang disebabkan amalan pemakanan yang zalim ?
Justeru.....kembalilah kepada pemakanan semulajadi dan berfitrah. Amalkanlah GAYA PEMAKANAN SIHAT!!!

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT

  • Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
  • Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".
  • Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
  • Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
  • Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
  • Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
  • Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
  • Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
  • Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
  • Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi .
  • Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
  • Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.....


Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah. SEKURANG-KURANGNYA ANDA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN IAITU MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT.



CARA ?
Amalkan makan satu sudu madu Lebah pada waktu malam sebelum tidur, diikuti dengan beberapa teguk air masak . Pada awal pagi pula (tidak kurang dari setengah jam sebelum bersarapan, amalkanlah memakan sebiji buah kurma segar.

MENGAPA MADU DAN KURMA ?
MADU LEBAH mempunyai berbagai-bagai khasiat. Sabda Nabi s.a.w:
"Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

"Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan".

BUAH KURMA pula mengurangkan risiko diserang penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis kerana kandungannya seperti zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Sumber tenaga kerana mengandungi glukosa yang merupakan unsur gula dalam darah. Kurma merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. Membantu proses tumbesaran kanak-kanak dan membantu membentuk minda yang sihat. Kesimpulannya, Madu Lebah amat berkesan dari segi pencegahan, manakala Buah Kurma amat penting bagi pertumbuhan dan peningkatan kesihatan.

MENGAPA?
Gaya atau amalan pemakanan seharian sejak kita bangun tidur hingga masuk tidur merupakan penentu utama tahap kesihatan kita untuk hari-hari seterusnya. Jika pengambilan setiap makanan/minuman dilakukan dengan tidak berhati-hati, risiko pengumpulan bahan-bahan pengumpulan bahan-bahan yang tidak diperlukan seperti lemak, kolestrol, kimia, toksik, racun, kafein, dadah dan lain-lain dalam sistem dalaman tubuh adalah tinggi.

Segala bahan inilah yang akan menjadi penyebab berbagai masalah kesihatan mahupun penyakit kronik seperti barah, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung, kegemukan dan lain-lain. Amalan makan madu lebah sebelum tidur adalah adalah satu cara terbaik untuk mengimbangi atau menangani masalah tersebut.

Bahan-bahan aktif yang terdapat dalam madu lebah akan melakukan kerja-kerja penyingkiran toksik, bahan kimia, racun, menghancurkan lemak dan kolestrol, meredakan ketegangan saraf dan memperkayakan kandungan vitamin dan zat dalam tubuh, semasa kita tidur. Pada waktu pagi, sebelum menjamah sebarang jenis makanan, daya serap semua sel dan saraf dalam tubuh berada pada tahap yang tinggi.

Keadaan ini menyebabkan kandungan vitamin, glukosa semulajadi dan zat yang terdapat dalam buah kurma dapat diserap oleh sistem tubuh secara maksima. Ini memberi kesan yang amat besar dalam daya tahan dan tahap kesihatan seseorang yang mengamalkannya. Dengan rutin yang tetap gaya pemakanan tersebut, insyaAllah selepas beberapa bulan selepas mengamalkannya akan berlakulah berbagai perubahan, melibatkan peningkatan kesihatan dan penyembuhan penyakit secara cepat dan berkesan.


BAGAIMANA ?
Amalkan memakan Madu Lebah Asli pada waktu malam sebelum tidur dan memakan Buah Kurma Segar pada awal pagi selepas bangun tidur.
Khasiat Madu Lebah Asli
  • Madu digunakan dalam perubatan tradisional seluruh dunia sejak zaman dahulu lagi.
  • Madu sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang tinggi dan mengandungi bahan mineral serta vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.
  • Madu merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, bahan kimia, racun, kolestrol serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.
  • Madu boleh menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, mencerdaskan otak, melancarkan darah, meredakan urat saraf, melawaskan sistem pembuangan,menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan kanser .
  • Madu juga meningkatkan keupayaan tenaga batin, melancarkan sistem pencernaan, baik untuk kecantikan, menjadikan kulit lebih licin dan halus, meningkatkan daya ketahanan badan.
  • Madu juga baik oleh wanita mengandung (bulan ke-6 dan ke atas) serta selepas 20 hari bersalin.

Khasiat Buah Kurma Segar

  • Kandungan anti oksidan di dalam kurma adalah dua kali ganda berbanding kismis, aprikot kering dan blueberry.
  • Kurma memberi tenaga serta-merta menerusi kandungan gulanya sebanyak 50 hingga 57 peratus glukosa. Orang berpuasa yang berbuka dengan kurma akan berasa segar dan bertenaga dan dapat beramal tanpa rasa letih atau mengantuk.
  • Potasium yang diperlukan oleh tubuh badan untuk sistem saraf terkandung di dalam kurma. Potasium jika diambil berlebihan tidak memudaratkan tubuh badan, sebaliknya sangat baik untuk mengatasi masalah seperti sembelit, lemah otot, letih, stres, sengal-sengal badan dan untuk menguatkan daya ingatan.
  • Sekiranya dimakan tanpa membuang kulitnya, kurma dikatakan dapat melawaskan pembuangan najis dan mencegah daripada masalah barah usus.
  • Kurma juga sesuai untuk dimakan oleh wanita yang kekurangan susu badan kerana kandungan zat besi dan kalsium di dalam kurma dapat menambahkan air susu.
  • Kurma turut membantu dalam tumbesaran kanak-kanak yang berperanan dalam pembentukan darah dan sumsum tulang.
  • Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus dan dijadikan serbuk seperti teh. Serbuk ini kemudian direndam dan diminum untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kurma juga digunakan dalam kaedah perawatan sufi.

KEluARGa SiHaT




Keluarga sihat terdiri daripada

ahli-ahli keluarga yang sihat

dari segi fizikal, psikologi, sosial

dan kerohanian.


Ciri-ciri keluarga sihat :
Menginap dalam rumah yang selamat dan sempurna
Mempunyai pendidikan yang sewajarnya/mencukupi
Mengamalkan cara hidup sihat sepert makan secara sihat, bersenam secara tetap, tidak merokok dan mengamalkan kesihatan pergigian yang baik
Mengamalkan kesihatan reproduktif dan seksual yang optima
Memupuk keselamatan emosi
Berkomunikasi dan berinteraksi secara positif
Menunaikan peranan dan tanggungjawab masing-masing
Beriadah bersama
Mempunyai sumber/pendapatan yang mencukupi
Mengamalkan nilai agama dan moral
Memupuk sokongan sosial


Kepentingan keluarga sihat :

Keluarga sihat adalah asas bagi pembentukan sebuah negara yang sihat.Sebuah keluarga yang sihat dapat memnuhi fungsi-fungsi dari segi biologi, social dan psikologi secara optima disamping menutamakan kesihatan ahli-ahlinya dan masyarakat setempat.


Amalan keluarga sihat :
Makan secara sihat
Bersenam selalu
Mengamalkan kesihatan pergigian
Menjauhi daripada merokok
Mengamalkan kesihatan mental yang baik
Mengamalkan kesihatan reproduktif dan seksual yangoptima
Memastikan rumah yang selamat
Mengamalkan nilai agama dan moral
Memupuk sokongan sosial

Tuesday, October 7, 2008

Mari Membaca...!!!

JAGALAH KESIHATAN DIRI



Baca dan nyatakan.

'Badan Sihat Otak Cerdas'

Setiap orang perlu mengamalkan sikap suka bersenam.
Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk menjaga
kesihatan diri. Kita patut bersenam sekurang-kurangnya
tiga kali seminggu. Kita patut mengambil masa
sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali bersenam. Berat
badan juga dapat dikekalkan jika selalu bersenam. Badan
kita akan menjadi cergas dan otak pun cerdas.

Kita juga perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang.
Makanan seimbang dan berkhasiat penting untuk kesihatan
tubuh. Kita hendaklah mengurangkan makan makanan yang
berlemak dan manis. Makanan sebegini boleh menyebabkan
badan kita menjadi gemuk. Apabila gemuk, penyakit seperti
darah tinggi dan penyakit jantung akan mudah menyerang kita.

Tidur dan rehat yang mencukupi juga amat penting untuk
menjaga kesihatan. Badan yang lemah akibat tidak cukup tidur
akan mudah dijangkiti penyakit.

Kesihatan diri perlulah dijaga untuk menjamin kehidupan
sempurna. Lakukan senaman secara berterusan agar hidup
sentiasa ceria.